Thursday 25 August 2016

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8 - Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia sebelum Kedatangan Barat


1.   Politik

  a. Pentadbiran
  • Sebelum kedatangan Islam – pemerintahan beraja
  • Institusi raja dipengaruhi konsep dewa-raja
  • Islam ubah corak institusi raja
  • Raja mula guna konsep Islam
  • Istilah bagi sultan – Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh – bermakna bayangan Allah di muka bumi
  • Islam sahkan kewibawaan raja
  • Gelaran Khalifatul Mukminin – bermakna pemimpin orang mukmin
  • Gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Shah di Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin
  • Hindu-Buddha – pemerintah galurkan nasab keturunan daripada penitisan dewa
  • Tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnian dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan
  • Institusi sultan kekal sebagai institusi pewarisan
  • Sultan kuasa tertinggi
  • Kesultanan di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor
  • Negeri Sembilan – Adat Perpatih
  • Sultan dibantu oleh pembesar
  • Pusat diketuai oleh sultan
  • Daerah oleh pembesar daerah
  • Kampung oleh penghulu
  • Pemerintah dapatkan nasihat ulama
  • Contoh ulama – Makhdum Sayid Abdul Aziz
  • Di Kelantan dan Terengganu – ulama terbilang – Tok Pulau Manis, Tok Pulau Condong
  • Kekukuhan institusi kesultanan berasakan pegangan orang Melayu terhadap konsep daulat
  • Raja – kuasa tertentu
  • Sesiapa melanggar arahannya menerima akibat (tulah)
  • Tidak wujud secara bertulis
  • Rakyat hormat kesultanan
  • Adat istiadat kukuhkan daulat
  • Adat istiadat babitkan cara berpakaian, jenis pakaian, bahasa pengucapan, tingkah laku
  • Adat kedaulatan sultan ialah adat istiadat pertabalan

Peta menunjukkan jajahan takluk Melaka


Kupang Emas


Cap mohor Sultan Mohammad III Kelantan


b. Perundangan
  • Terbahagi kepada 2 undang – undang bertulis dan tidak bertulis
  • Undang-undang bertulis ialah peraturan atau hukum dalam sebuah masyarakat
  • Undang-undang tidak bertulis dikenali sebagai adat seperti adat Pepatih dan adat Temenggong
  • Raja selalu dikecualikan daripada undang-undang secara praktiknya

   i. Adat Perpatih
  • Dijalankan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka
  • Menyelesaikan masalah secara musyawarah yang dihadiri oleh 12 suku
  • Tidak membenarkan perkahwinan sama suku
  • Setiap suku ini mempunyai ketua iaitu Lembaga
  • Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Buapak memilih Lembaga memilih Undang memilih Yang Dipertuan Besar
  • Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera
  • Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu
  • Anak perempuan diberi hak mewarisi harta

   ii. Adat Temenggong
  • Dijalankan di Tanah Melayu selain Negeri Sembilan, Naning
  • Berasaskan sistem perilineal yang mementingkan keturunan lelaki
  • Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan dengan hukum faraid Islam)
  • Diasaskan oleh Datuk Ketumanggungan dari Palembang
  • Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu, kemudian diseduaikan dengan ajaran Islam 




2.   Sisiobudaya

      a. Pendidikan tidak formal
  • Pendidikan awal
  • Asuhan dalam keluarga
  • Pengajaran nilai-nilai moral
  • Pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian
  • Kanak-kanak pelajari kemahiran menerusi pemerhatian dan latihan seperti pertanian
  • Ibu bapa ajar hal agama, kelakuan dan adat resam
  • Nilai budaya diserapkan melalui cerita lisan seperti cerita binatang
  • Cerita berbentuk teladan dan pengajaran
  • Cerita “Anjing dengan Bayang” – pengajaran agar seseorang tidak tamak
  • Cerita “Sang Kancil” tekankan kepandaian dapat bantu selesaikan masalah
  • Kanak-kanak pelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial
  • Pendidikan tidak formal menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki


  b. Pendidikan formal
  • Pendidikan formal berkaitan dengan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok
  • Di rumahtok guru, pendidikan al-Quran mengajar kanak-kanak berusia 7 hingga 15 tahun
  • Di istana, menurut Sejarah Melayu – pusat pengajian agama terhadap di istana Melaka
  • Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar
  • Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab, Persi, Gujeret kerana pengaruh pemerintah Melaka
  • Kitab al-Dur al-Manzum (kitab Tasawuf) – sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana kerajaan Johor
  • Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di Istana Melaka
  • Di istana juga mengajar ilmu politik dan pentadbiran negara
  • Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf pada tahap lebih tinggi
  • Pendidikan pondok pula, pengajiannya menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat
  • Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau Manis) dan Kedah (Pondok Titi Gajah)
  • Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya
  • Sistem madrasah – diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq
  • Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas
  • Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan, pengkhususan yang diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga

Pondok yang terdapat di Kelantan


 c. Bahasa dan Kesusasteraan
  • Sebelum lahirnya tulisan jawi telah wujud tulisan dalam sastera Melayu seperti tulisan Pallva, Kawi (Jawa kuno), Sunda kuno, Batak dan Rencong
  • Tulisan jawi hasil penyesuaian bahasa Melayu dan tulisan Arab menjadi saluran pembacaan dan penulisan utama
  • Istilah bahasa Melayu bertambah kesan pengaruh Bahasa Arab seperti perkataan adat, hakim, hukum
  • Kemudiannya ditambah dengan istilah fikah, tauhid
  • Kesusasteraan rakyat disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul, binatang, jenaka, dongeng dan puisi seperti pantun, guridam dan seloka
  • Hikayat berkaitan kisah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Abu Bakar
  • Bentuk puisi syair – Syair Dahulu Kala (di Terengganu)
  • Hikayat Saduran Arab Parsi – Hikayat Abu Nawas


  d. Kesenian
  • Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya
  • Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak
  • Seni zaman Hindu Buddha seperti seni candi, seni bina, seni arca di Lembah Bujang
  • Zaman Islam – seni bina masjid terdapat ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung
  • Masjid terkenal seperti Masjid Kg. Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka
  • Istana raja pula mempunyai seni ukiran tumbuhan dan geometri
  • Seni epigraf ada pada batu bersurat dan batu nisan
  • Seni khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang
  • Seni persembahan merangkumi tarian, muzik, nyanyian yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan
  • Tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka
  • Seni muzik pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang

  e. Gaya hidup
  • Perubahan istiadat pemerintah – dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan, bacaan ikrar diteruskan kerana ini menyerupai baiah, perlantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah
  • Perubahan akhlak rakyat – ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah
  • Adat berziarah – seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak-kanak mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum
  • Majlis perkahwinan, berkhatan al-Quran diadakan mengikut Islam
  • Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong-royong, bekerjasama dan perpaduan

Masjid Tengkera di Melaka


Lakaran istana Melaka


3.   Ekonomi

  a. Perdagangan
  • Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w terlibat secara langsung dalam perdagangan (memperdagangkan barang Khatijah)
  • Melaka menjadi pusat dagang kerana strategik (laluan timur dan barat turut melibatkan pedagang Islam)
  • Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang lengkap
  • Laksamana membantu menguruskan hal kelautan
  • Syahbandar menjadi ketua perlabuhan
  • Undang-undang Laut Melaka membantu menentukan tugas nakhoda dan jurumudi
  • Di Melaka amat ramai pedagang dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan di Melaka
  • Melaka turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang dipertanggungjawabkan kepada Syahbandar
  • Barangan yang ditimbang seperti emas, perak dan rempah menggunakan dachim (dacing)
  • Kaedah yang digunakan ialah tukar barang dan jual beli
  • Kejatuhan Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

  b. Mata wang
  • Sistem mata wang adalah alternatif kepada sistem tukar barang atau barter
  • Mata wang asing juga digunakan di Melaka seperti mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay
  • Mata wang ini boleh ditukar dengan mata wang tempatan
  • Umumnya negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang dan nama sultan serta tarikh Islam dicatat pada mata wang
  • Di Johor wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau Arab
  • Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin
  • Mata wang emas Johor digunakan ketika Sultan Alaudin
  • Wang emas Johor digelar kupang
  • Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang
  • Mata wang emas ini mencatatkan nama dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin
  • Pedagang Arab menggunakan wang emas tetapi pedagang Eropah menggunakan wang perak

Mata wang timah yang dikeluarkan di Melaka semasa pemerintahan Sultan Melaka keempat (1445-1449)


Mata wang timah yang dikeluarkan di Kedah semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II (1710-1773)


  c. Percukaian
  • Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu
  • Di Melaka, cukai dibayar oleh pedagang sebelum memulakan perniagaan
  • Cukai paling asas ialah cukai tetap (cukai import) – contohnya pedagang dari India dan Arab (6% daripada jumlah barang), Jepun dan China (5% daripada jumlah barang)
  • Barang yang tidak dikenakan cukai ialah beras dan makanan
  • Setelah cukai dibayar, mereka boleh berniaga di bazaar-bazaar di sepanjang Sungai Melaka
  • Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai, contohnya orang asing Kepulauan Melayu (cukai diraja 3%) dan orang asing lain (cukai diraja 6%)
  • Amalan riba di kalangan orang Islam tidak dibenarkan di negeri melayu.
  • Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka
  • Walau bagaimanapun, golongan ceti yang memberi pinjaman dibenarkan menjalankan aktiviti riba mereka
  • Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta
  • Wang zakat disimpan oleh Baitulmal yang mengyelenggarakan harta kerajaan
  • Wang Baitulmal digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat


Video :



Sumber Rujukan:

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

2 comments:

  1. Nota ditulis dalam bentuk point dan juga sangat ringkas serta kemas.

    ReplyDelete
  2. Nota yang sangat bagus dan mempunyai maklumat yang mencukupi ya!!!

    ReplyDelete