Tuesday 23 August 2016

Bentuk – bentuk kerajaan awal Asia Tenggara

Kerajaan Agraria
  • Berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut. Kerajaan Agraria terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti lembah sungai, kawasan pedalaman dan di lereng bukit dan tanah gunung berapi.
  • Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Kerajaan Funan.
Peta menunjukkan  lokasi Kerajaan Agraria 

Kerajaan Maritim
  • Berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Kerajaan Maritim terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Kedah Tua.
Peta menunjukkan  lokasi Kerajaan Maritim

Kegiatan Ekonomi Kerajaan Agraria.
  • Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.
  • Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.
  • Tanaman sampingan seperti jagung, pisang dan sayur-sayuran
  • Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.
  • Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
  • Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.
  • Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
  • Mendapat kulit kura – kura
  • Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
  • Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk yang tidak melibatkan diri dalam pertanian seperti masyarakat bandar atau penduduk kerajaan maritim.
Peta Minda: Kegiatan Pertanian Di Kerajaan Agraria
Kegiatan Pertanian Di Kerajaan Agraria 
Masyarakat yang menjalani aktiviti pertanian

Sebab-sebab kerajaan Agraria memajukan kegiatan pertanian
  • Sistem pengairan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong di Angkor.
  • Raja sendiri yang terlibat dalam pembinaan baray
  • Tanah subur
  • Iklim panas lembab sepanjang tahun
  • Kedudukan yang hampir dengan Tasik Tonle Sap
Kepentingan Tasik Tonle Sap
  • Sistem pengairan untuk sawah
  • Sumber Ikan air tawar
  • Bekalan air minum
  • Sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar
  • Pada musim banjir air mengalir ke Tasik Tonle Sap. Pada musim kemarau kawasan sekitar Tasik Tonle Sap menjadi subur disebabkanmendapat lumpur yang subur. Air daripada Tasik Tonle Sap dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan.
Tasik Tonle Sap

Kegiatan Ekonomi Kerajaan Maritim.
  • Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
  • Pada peringkat awal masyarakat menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.
  • Petempatan ini kemudian berkembang menjadi perkampungan nelayan.
  • Ada antara masyarakat menjadi Kemudian menjadi pengeluar bijih logam seperti emas dan timah.
  • Hasil lebihan telah didagangkan.  Maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal. Pelaburan pembekal membekalkan bahan kepada para pedagang yang mahu mendapat bekalan seperti emas, timar, rotan.
  • Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
  • Pelabuhan berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang dan menjadi sebuah negeri.
  • Kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang menjadi laluan perdagangan atara China dan India serta menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar telah menyumbang perkembangan daripada pelaburan kerajaan kepada pelaburan entrepot.
  • Pelaburan entrepot membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa. Pelaburan entrepot juga berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa kepada pedagang yang datang, kawasan sendiri dan kawasan takluknya.
  • Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
  • Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.
  • Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
  • Mereka juga tahu menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.
Kegiatan Ekonomi Kerajaan Maritim

Contoh Kerajaan Maritim ( Kedah Tua )
  • Merupakan pelaburan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.
  • Gunung Jerai menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk terutama pada waktu malam.
  • Kedudukan strategik dan terlindung dari angin monsun memajukan pelabuhannya.
  • Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagang.
  • Barang dagang juga dibawa dari luar seperti  teh, kaca, tembikar.
 Kedudukan Gunung Jerai

Gunung Jerai yang menjadi tanda arah kapal pedagang

Video :
 


Pengenalan terhadap Kerajaan Maritim


Sumber Rujukan:
1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4
2. https://sejarah4spm.wordpress.com/sejarah-nota-tingkatan-4-bab-3/


3. https://www.youtube.com/watch?v=2xt5sAI_gpU

8 comments:

  1. Video yang berkaitan hijrah itu sangat berkesan kerana mudah difahami dan diingati

    ReplyDelete
  2. Nota-nota ini ringkas untuk diingati

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. nota yang amat bagus kerana banyak menggunakan teknik peta minda. Teruskan usaha anda!!!

    ReplyDelete
  5. Nota yang mudah difahami dan gambar-gambar yang diletakkan amat jelas! Peta minda juga dihasilkan dengan baik!

    ReplyDelete