Thursday 15 September 2016

SEJARAH TINGKATAN 4: BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA (TAMADUN HWANG HO)

Tamadun Hwang Ho


Latar Belakang Pembentukan Tamadun

·   Tamadun Hwang Ho bermula di Lembah Hwang Ho atau Sungai Kuning, iaitu sungai ke-2 terpanjang di China (5464km).

·   Tamadun Hwang Ho bersifat setempat kerana ciri-ciri fizikalnya bergunung-ganang dan berpadang pasir.

·   Kemunculan Tamadun Hwang Ho dapat dikesan daripada penemuan tengkorak homo sapien yang digelar sebagai Peking Man yang dikatakan hidup pada Zaman Paleolitik.

·   Kegiatan pertanian dan penternakan muncul pada Zaman Neolitik kira-kira 5000 S.M.

·   Dinasti beraja pertama di China telah diasaskan oleh dinasti Hsia yang bermula sekitar tahun 2205-1766 S.M.

·   Walau bagaimanapun, tiada bukti sejarah yang dapat mengesahkan kewujudan Dinasti Hsia.

·   Dinasti Shang muncul sekitar tahun 1766-1050 S.M.

·   Kezaliman pemerintahan Raja Shang telah membawa kepada kebangkitan hamba pada hujung pemerintahan Dinasti Shang.

·   Suku Chou yang menetap di lembah Sungai Wei telah menggulingkan dan menggantikan pemerintahan Shang.

·   Dinasti Chou telah memerintah China dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M.


Dinasti yang wujud

·         Dinasti Hsia

·         Dinasti Shang

·         Dinasti Chou

·         Dinasti Ching

·         Dinasti Chin

Proses Pembentukan Tamadun

·   Sungai Hwang telah memainkan peranan yang penting dalam pembinaan tamadun ini.

·   Sungai ini menjadi nadi utama dalam pembentukan Tamadun Hwang Ho kerana berperanan menyuburkan kawasan sekitarnya.

·   Tanah yang subur menarik penduduk nomad untuk mendirikan petempatan yang kekal di kawasan tersebut.

·   Petempatan awal penduduk Hwang Ho ialah di Tapak Banpo yang berhampiran Bandar Sian moden.

·   Aktiviti utama ialah pertanian, penternakan binatang, memungut hasil hutan dan memburu.

·   Beberapa buah Bandar telah muncul di Lembah Hwang Ho berikutan daripada perkembangan petempatan awal tersebut.

·   Anyang adalah salah sebuah Bandar yang terawal Tamadun Hwang Ho.

·   Anyang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang Ho diteliti daripada beberapa ciri utama, seperti petempatan/negara kota, kehidupan berorganisasi, system pemerintahan, pengkhususan kerja, agama dan kepercayaan, serta sistem tulisan.

Petempatan/Negara Kota

·   Bandar Anyang terletak di kawasan tanah tinggi Sungai Huan yang di dalamnya terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.

·   Bandar Anyang didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama. Selain itu, Bandar Anyang dilengkapi tembok bagi menghalang pencerobohan pihak musuh.

·   Kawasan ini juga dikelilingi perkampungan yang didiami oleh golongan petani.

Kehidupan Berorganisasi

·   Raja menduduki lapisan teratas dalam masyarakat dan diikuti golongan bangsawan, pembesar, dan pengawai kerajaan.

·   Lapisan bawah masyarakat ini terdiri daripada golongan petani, artisan dan hamba.

Sistem Pemerintahan

·   Dinasti Shang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pengawai kerajaan.

·   Golongan bangsawan yang mentadbir di luar kawasan pusat pentadbiran berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.

·   Sistem yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou dan raja-rajanya membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah serta melantik seorang pembesar tempatan bagi setiap wilayah.

·   Raja mengikat pembesar melalui ikrar taat setia, serta memberi hadiah seperti kereta kuda.

·   Pembesar melindungi raja, memberi bantuan ketenteraan dan menjadi ketua dalam upacara korban.



Pengkhususan Kerja

·   Golongan pembesar memiliki tentera masing-masing (berkuda dan berjalan kaki).

·   Golongan petani merupakan tunggak ekonomi dan pentadbiran negara.

·   Golongan artisan berperanan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas makanan.

·   Hamba menjadi tentera paksaan, buruh kasar dan korban dalam upacara penyembahan.

Agama dan Kepercayaan

·   Masyarakat tamadun ini mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme, penyembahan roh nenek moyang, Tuhan Syurga (Shang Ti) dan Tuhan Bumi.

·   Upacara penyembahan diiringi dengan permainan muzik, tarian dan diketuai seorang bomoh.

·   Tulang oracle digunakan bagi meramal atau menilik sesuatu keadaan.

·   Bomoh akan meletakan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan.

·   Rekahan tersebut akan ditafsirhan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

Sistem Tulisan

·   Rekahan-rekahan yang timbul pada tulang oracle menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.

·   Tulisan China adalah berbentuk ideogram, iaitu berbentuk seperti simbol.

·   Tulisan asal menyerupai kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.

·   Tulisan awal ini mengalami perubahan sehingga berubah kepada bentuk yang lebih kompleks.




Sumbangan Tamadun Hwang Ho


Sumbangan Tamadun Hwang Ho dapat diteliti daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.

Politik

·   Tamadun Hwang Ho mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.

·   Pada zaman Dinasti Ching, gelaran raja ditukarkan kepada maharaja.

·   Konsep anak syurga, mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.

Ekonomi

·   Dalam aspek okonomi, pemimpin Shang telah memberikan tumpuan terhadap pembangunan pertanian.

·   Terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian di samping mengelak berlakunya banjir.

·   Kemajuan pertanian membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.

·   Petani sudah mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

·   Alat pertanian yang dibuat daripada kayu ditukarkan kepada alat yang dibuat daripada besi.

Sosial

Sistem Tulisan

·   Sistem tulisan daripada tamadun ini berkembang secara evolusi dan digunakan secara meluas dalam bidang penulisan dan pencetakan.

·   Sistem tulisan telah diajarkan di sekolah-sekolah di China.

·   Tulisan ini terus berkembang sehingga digunakan oleh orang Korea dan Jepun.

Agama dan Kepercayaan

·   Amalan pemujaan roh nenek moyang diteruskan mengikut kesesuaian masa dan unsur korbon manusia digantikan dengan duit kertas dan barangan hiasan.

·   Kepercayaan terhadap konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui masih diamalkan hingga kini.

Penggunaan Kalendar

·   Kalendar telah diperkenalkan pada Zaman Shang. Terdapat 30 hari sebulan dan 360 hari dalam setahun.

·   Raja menggunakan calendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai selain menjalankan aktiviti seharian seperti perkahwinan, perburuan ataupun pengembumian.

Karya Sastera


·   Karya Sun Tzu yang bertajuk “The Art of Waryang membicarakan tentang perang dan bagaimana menghadapi musuh. Falsafah ini diaplikasikan dalam perniagaan pada hari ini.

Video



Rujukan

http://documents.tips/documents/jawapan-modul-tingkatan-4-bab-1.html

http://cikgudanpensil.ucoz.com/_ld/0/54_Item_Objektif.pdf

https://normsuperb.com/2016/07/24/koleksi-video-pembelajaran-sejarah-tingkatan-4-spm/
http://www.beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Jawapan-Kertas-3-Sejarah-Tingkatan-4.pdf


SEJARAH TINGKATAN 4: BAB 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA (TAMADUN INDUS)

Proses Pembentukan Tamadun

·   Tamadun Indus terletak di Lembah Indus yang dikenali sebagai Tamadun Harappa sempena dengan nama Bandar utama tamadun ini.

·   Tamadun ini muncul sekitar tahun 2500 S.M. dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.

·   Antara faktor kejatuhan tamadun ini ialah serangan orang Aryan dan bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.





Ciri ciri Tamadun


Petempatan Kekal

·   Petempatan kekal di lembah sungai membawa kepada pembentukan Bandar terancang.

·   Bandar dibahagikan kepada dua bahagian yang dikelilingi oleh tembok.

·   Bahagian pertama menempatkan pusat pentadbiran dan keagamaan dan bahagian kedua menempatkan kawasan perumahan.

·   Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk empat segi dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung Antara satu sama lain.

·   Bandar-bandar ini dihubungkan dengan sungai dan jalan raya.



Kehidupan Berorganisasi

·   Dalam sistem organisasi, golongan atasan terdiri dripada pendeta dan pedagang. Pendeta berpengaruh mengawal aktiviti masyarakat terutamanya dalam kegiatan keagamaan.

·   Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh.



Pengkhususan Kerja

·   Masyarakat Indus menjalankan pelbagai kegiatan aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan.

·   Aktiviti perdagangan dalam Tamadun Mesopotamia dibuktikan dengan penemuan cap mohor.

·   Golongan artisan menghasilkan berangan logam dan tembikar.

Agama dan Kepercayaan

·   Masyarakat Indus mempunyai satu amalan agama. Patung Proto-Siva yang melambangkan Dewa Brahman, Siva dan Vishnu ditemukan dan dikesankan muncul daripada tamadun ini.

·   Masyarakat Indus juga percaya kepada Tuhan Ibu yang melambangkan kesuburan.


Bahasa dan Sistem Tulisan

·   Sistem Tulisan yang berbentuk Piktograf wujud dalam Tamadun Indus.




Sumbangan Tamadun Indus


Sosial

·   Sumbangan Tamadun Indus juga banyak tertumpu kepada aspek sosial.

·   Masyarakat dalam tamadun ini mempunyai bantuk keupayaan serta kebolehan mengeksploitasikan Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka.

Seni Bina dan Teknologi

·   Tamadun Indus terkenal dengan pembinaan Bandar-bandar terancang seperti Bandar Harappa dan Mohenjo-Daro.

·   Perancangan Bandar memerlukan pemahaman dalam ilmu geometri, matematik dan kesenian.

·   Bandar-bandar menjadi tersusun kerana pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun dengan Tamadun Mesir Purba dan Tamadun Mesopotamia.

·   Masyarakat Indus mempunyai kamahiran membuat batu-bata serta teknologi pembakaran batu-bata.

·   Masyarkat Indus mempunyai sifat terbuka kerana menjalinkan hubungan dengan tamadun lain seperti Tamadun Mesir Purba dan Tamadun Mesopotamia.

·   Hubungan tersebut membawa faedah daripada segi pertukaran teknologi.

·   Segala pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

·   Tamadn Indus merupakan sebuah tamadun yang matang. Kematangan Tamadun Indus terbukti melalui pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang termasuklah perancangan Bandar, aktiviti ekonomi, aspek kerohanian dan kepercayaan.


·   Kecemelangan juga dapat dicapai kerana kelebihan geografi seperti adanya sungai sebagai sumber asa kehidupan dan juga kerana kreativiti masyarakat Indus.

Video



Rujukan

http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab1-kemunculan-tamadun-awal-manusia/

https://sites.google.com/a/jombelajar.co.cc/spm/sejarah/tingkatan-4/bab-1


http://www.slideshare.net/MalarMuthiah/tamadun-indus-8720421


http://documents.tips/documents/jawapan-modul-tingkatan-4-bab-1.html