Tuesday 23 August 2016

Hijrah Ke Madinah


Konsep Hijrah
  • Berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud berpindah
  • Maksud umum ialah perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
  • Dalam Konteks tamadun Islam , hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah untuk memperkukuh kedudukan Islam dan merupakan strategi baharu untuk menyebarkan Islam
  • Pengertian hijrah yang lebih luas dan mendalam iaitu perjuangan seseorang untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan.
  • Hijrah juga merupakan lambang semangat ingin berubah dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
  • Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif iaitu sebagai pelarian.

Pendapat Orientalis Barat boleh disangkalan dengan menggunakan 4 hujah:
  • Penghijrahan Nabi Muhammad saw dibuat berdasarkan jemputan dan persetujuan orang Arab Madinah sendiri
  • Ketibaan orang Islam di Madinah disambut dengan rela hari dan meriah oleh orang Arab Madinah 
  • Orang Arab Madinah memberikan orang Islam tempat tinggal dan menjamin keselamatan mereka.
  • Nabi Muhammad saw dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua orang Arab Madinah 

Peristiwa Hijrah
  • Hijrah Nabi Muhammad saw ke Madinah bermula apabila beginda berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemuda Quraisy di rumah baginda.
  • Ali bin Abu Talib telah menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda untuk mengelirukan orang Arab Quraisy
  • Nabi Muhammad saw menemui Abu Bakar al-Siddiq serta berhijrah bersama-sama Abu Bakar al-Siddiq setelah Baginda pun memberitahu Abu Bakar tentang perintah Allah agar baginda berhijrah.
  • Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur selama tiga hari sebelum hijrah ke Madinah.
  • Perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah telah dibantu oleh beberapa orang:
  • Abdullah bin Arqat selaku jurupandu baginda sepanjang jalan
  • Abdullah bin Abu Bakar pula mengintip keguatan Quraisy yang ingin menjejak kehilangan Nabi Muhammad saw.
Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah

            Masjid al-Nabawi

     Gua Thur seperti yang dapat dilihat pada hari ini  
Rujukan : Buku Teks Tingkatan 4 Sejarah

Sebab Hijrah
  • Perintah Allah menerusi wahyu
  • Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda
  • Meneruskan penyebaran Islam disebabkan ancaman orang Quraisy
  • Memudahkan penyampaian dakwah Islamiah
  • Membolehkan Islam bersatu padu dan sempurna
  • Jemputan masyarakat Arab Madinah
  • Orang Madinah memerlukan pemimpin
Kepentingan Hijrah
  • Menubuhkan sebuah negara Islam di Madinah
  • Merangka suatu perlembagaan yang dinamakan Piagam Madinah
  • Menunjukkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong
  • Mewujudkan kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam
  • Nabi Muhammad saw mendirikan sebuah lagi masjid di Madinah, iaitu al-Nabawi
  • Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
  • Dapat melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
  • Mendamaikan orang Arab Madinah melalui semangat persaudaraan
  • Memastikan dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman tanpa halangan

Sebab Dan Tujuan Hijrah

Video :


Rujukan :
1. Buku Teks Tingkatan 4 Sejarah
2. http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-4/bab-5-kerajaan-islam-di-madinah/
3. https://www.youtube.com/watch?v=otJlqMngbl4










8 comments:

  1. Video yang berkaitan hijrah tu sangat bagus kerana mudah difahami dan diingati.

    ReplyDelete
  2. Nota-nota ini bagus kerana ringkas dan mudah difahami

    ReplyDelete
  3. Nota ini telah menjelaskan konsep hijrah dengan amat jelas. Peta minda juga senang difahami. Bagus!!!!!

    ReplyDelete
  4. Nota dan peta minda yang dihasilkan amat menarik dan mudah untuk difahami! Teruskan usaha!

    ReplyDelete