Thursday 1 September 2016

Sejarah Tingakatan 2 Bab 3 - Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor Benteng Keselamatan British

Pengenalan
  • Setelah British menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak British ingin menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Selatan Tanah Melayu iaitu negeri  Johor
  • Penguasaan tersebut sebagai benteng pertahanan British bagi menghalang kemaraan kuasa Eropah lain

1.  Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan    di Tanah Melayu

Kuasa Barat
Kawasan sasaran / tanah jajahan
Perancis
Lembah Menam Chao Phraya
Merancang membina terusan di Segenting Kra
Jerman
Cuba mendapat Pulau Langkawi
Rusia
Membuka penempatan di Ujung Salang
Amerika Syarikat
Cuba mendapat negeri Terengganu


Cara British menghalang pengaruh Eropah di Tanah Melayu


a. British menandatangani Perjanjian Sulit pada 6 April dengan      Siam
  • Tujuan menghalang Siam menyerah dan membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak di Siam
  • Syarat-syarat perjanjian :
  • Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa lain tanpa izin British
  • British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut
  • British akan membantu Siam jika diserang musuh
  • Kesan perjanjian :
  • Gagal menghalang sultan setiap negeri dari menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa lain
  • Contoh, tahun 1897 Sultan Kelantan memberi konsesi tanah seluas 776996 hektar kepada Duff Development Company untuk melombong emas
  • Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang

b. Menandatangani Perisytiharan British – Siam 1902
  • Tujuan untuk menghalang perluasan kuasa Barat lain
  • Syarat-syarat perjanjian :
  • British mengiktiraf NNMU di bawah naungan Siam
  • Rakyat British dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan iaitu Kelantan (W.A.Graham), Kedah (Meadowe Frost) dan Perlis (H.E.Duke)
  • Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing
  • Kesan-kesan perjanjian :
  • British berjaya mengukuhkan pengaruh di NNMU

c. Menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 (British – Siam)
  • Tujuan untuk British terus menghalang kuasa Barat lain
  • Syarat-syarat perjanjian :
  • Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British
  • Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British
  • British meyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam
  • Kesan-kesan perjanjian :
  • NNMU diserahkan kepada British
  • Raja-Raja Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan perjanjian

2. Penasihat British di NNMU
  • Kehadiran Residen di NNMU telah menggugat kuasa sultan kerana sultan terpaksa menerima nasihat daripada residen dalam semua hal kecuali hal adat istiadat Melayu dan agama Islam

Negeri
Sultan
Penasihat British
Usaha British mengukuhkan Kuasa
Kedah
Sultan Abdul Hamid Halim Shah
George Maxwell

  • Penggunaan kalenda Masihi
  • Cuti umum hari Ahad
  • Guna bahasa Inggeris dalam penulisan dan perundangan
  • Surat rasmi ditapis
  • Pegawai British dilantik dalam pentadbiran

Perlis
Raja Syed Alwi
Kapten Meadowe Frost

  • Menggubal undang-undang
  • Menubuhkan jabatan baru
  • Menguasai jabatan kewangan
Kelantan
Sultan Muhammad IV
J.S Mason

  • Pegawai British dilantik dalam pentadbiran
  • Kuasai jabatan penting seperti jabatan Tanah, jabatan Polis dan jabatan Mahkamah
Terengganu
Sultan Muhammad II
JL Humphreys

  • Kuasai jabatan penting seperti Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Kastam dan Jabatan Kerja Raya


3. Pemodenan Johor melambatkan campur tangan British
  • Johor adalah negeri Melayu terakhir menerima Penasihat British
  • Johor mengamalkan dasar persahabatan dengan British
  • Johor berjaya mengekalkan kedaulatan hingga tahun 1914
  • Sebab-sebab :
       a. Kebijaksanaan pemerintah
       b. Pengenalan sistem birokrasi moden
       c. Kestabilan dan kemakmuran ekonomi
  • Antara pemimpin-pemimpin Johor yang berwibawa ialah :
       i.  Temenggung Daeng Ibrahim (1825 – 1826)

       ii. Sultan Abu Bakar (1862 – 1895)

Temenggung Daeng Ibrahim (1825 – 1862)


  • Tahun 1825 Temenggung Abdul Rahman mangkat dan digantikan puteranya Daeng Ibrahim sebagai Temenggung Johor
  • Berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali
  • Tahun 1855 satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Temenggung Daeng Ibrahim dengan Sultan Ali
  • Temenggung Daeng Ibrahim diberi kuasa menjadi pemerintah Johor kecuali di wilayah Kesang (di bawah Sultan Ali)
  • Antara kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim ialah :
-  Menjalankan pentadbiran dengan cekap
-  Mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri
- Memajukan ekonomi Johor dengan cara menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura untuk mengusahakan ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu

Syarat-Syarat Persetiaan antara Temenggung Deang Ibrahim dengan Sultan Ali (Mac 1855)
  • Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh diwariskan kepada keturunan baginda
  • Kawasan pemerintahan Sultan Ali di wilayah Kesang

Sistem Kangcu
  • Diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim pada tahun 1833
  • Kangcu asalnya daripada perkataan Cina iaitu Tuan Sungai
  • Sistem Kangcu melibatkan :
  •  Orang Cina diberi Surat Kebenaran iaitu Surat Sungai untuk menetapkan dan mengusahakan pertanian di tebing sungai
  • Kawasan ladang dikenali sebagai ‘Kangkar’ atau Kaki Sungai
  • Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai
  • Tanaman adalah seperti lada hitam dan gambir
  • Hasil tanaman dikenakan cukai sebagai sumber pendapatan kerajaan Johor

Sultan Abu Bakar : Bapa Pemodenan Johor (1862 – 1895)


  • Tahun 1862 naik takhta Johor selepas kemangkatan ayahandanya
  • Diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor
  • Sering ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan Johor
  • Tahun 1868, Ratu Great Britain mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar
  • Tahun 1885, satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan British
  • Persetujuan dicapai tentang :
  • Johor diiktiraf sebagai negeri bebas dan berdaulat
  • Maharaja Abu Bakar diiktiraf Sultan Johor (setelah Sultan Ali dari keturunan Bendahara mangkat tahun 1877)
  • Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura
  • Sultan Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi
  • Kesan-kesan persetujuan :
  • Sultan Abu Bakar berjaya menyekat kuasa British terhadap Johor
  • Sultan Abu Bakar menerima seorang Konsul British bukannya Penasihat British

Usaha-Usaha Pemodenan oleh Sultan Abu Bakar
  • Memodenkan pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan jabatan Kerja Raya
  • Menjaga kebajikan rakyat dengan membina sekolah, hospital dan jalan raya
  • Menjaga keamanan negeri dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera
  • Memantapkan ekonomi Johor dengan cara meneruskan Sistem Kangcu dan menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia
  • Mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 yang merupakan perlembagaan bertulis pertama dan menjadi asas kepada pembentukan institusi Raja Berperlembagaan

Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
  • Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing
  • Ditubuhkan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri
  • Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran
  • Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang

Kesan-Kesan Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar
  • Digelar ‘Bapa Pemodenan Johor’ kerana membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan Johor
  • British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor
  • Johor aman dan makmur
  • Ketokohan Sultan Abu Bakar dihormati pemerintah British

Pemimpin Johor yang berwibawa
  • Pembangunan dan pemodenan Johor akibat persepakatan antara sultan dan pembesar
  • Kepintaran dalam pentadbiran menyebabkan British tidak mempunyai alasan untuk campur tangan


Pengukuhan Kuasa British di Johor







Sumber Rujukan :



2 comments:

  1. Banyak peta minda digunakan dan dapat menjimatkan masa untuk membaca seluruh buku teks.

    ReplyDelete
  2. nota yang cukup banyak dan amant membantukan bagi pelajar. Pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan menggunakan nota anda. Teruskan usaha anda!!!

    ReplyDelete