Saturday 3 September 2016

SAINS TINGKATAN 3: BAB 5 PERTUMBUHAN

5.1 POLA PERTUMBUHAN MANUSIA

PERTUMBUHAN MANUSIA

ü  Pertumbuhan ialah proses berlakunya perubahan dari segi saiz, jumlah bilangan sel, berat, bentuk tubuh serta fungsi badan seseorang.
ü  Pertumbuhan merupakan proses yang kekal dan tidak berbalik.
ü  Kadar pertumbuhan manusia tidak tetap.
ü  Cth, bayi yang baru lahir mungkin mempunyai kadar pertumbuhan beberapa sentimeter setahun manakala seorang gadis remaja biasanya mencapai ketinggian maksimum apabila menjadi seorang dewasa.




KADAR PERTUMBUHAN

Ciri-ciri Fizikal Yang Mengukur Pertumbuhan Manusia

ü  Ketinggian
ü  Berat badan

Pengukuran ini diplot melawan masa untuk mendapatkan lengkung pertumbuhan.



Lengkuk pertumbuhan tersebut menggambarkan kadar pertumbuhan peringkat-peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia tua. Apabila pertumbuhan telah lengkap, tiada peningkatan ketinggian.



Pola pertumbuhan bagi lelaki dan perempuan adalah berbeza.

Peringkat Bayi

ü  Selepas kelahiran, bayi mengalami pertumbuhan pesat.
ü  Kadar pertumbuhan bayi lelaki dan bayi perempuan adalah sama.

Peringkat Kanak-kanak

ü  Kadar pertumbuhan lelaki adalah sedikit lebih cepat daripada kadar pertumbuhan perempuan.

Peringkat Remaja

ü  Pada peringkat awal remaja, kadar pertumbuhan perempuan adalah lebih pesat daripada kadar pertumbuhan lelaki.
ü  Hal ini kerana perempuan mencapai baligh lebih awal daripada lelaki.
ü  Lelaki mencapai baligh pada umur kira-kira 14 tahun.
ü  Pada peringkat akhir remaja, kadar pertumbuhan lelaki adalah lebih pesat.
ü  Gadis mencapai pertumbuhan fizikal yang maksimum pada umur kira-kira 18 tahun manakala lelaki terus membesar sehingga mereka berumur 20 tahun.



KESAN PENGAMBILAN NUTRISI KE ATAS PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

ü  Kanak-kanak memerlukan gizi yang seimbang untuk pertumbuhan yang normal.
ü  Jika kanak-kanak tidak mendapat nutrient yang secukupnya, perkembangan fizikal dan mental mereka akan terjejas.

Protein

ü  Diperlukan untuk pertumbuhan.
ü  Menggantikan sel yang mati atau rosak.
ü  Kekurangan protein yang berpanjangan dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan penyakit kwasyiorkor.




Vitamin D & Kalsium

ü  Diperlukan untuk pembentukan gigi dan  tulang yang kuat.
ü  Kekurangan vitamin D boleh          menyebabkan penyakit riket.





Zat Besi

ü  Diperlukan untuk pembentukan     hemoglobin di dalam sel darah merah.
ü  Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia.




RUMUSAN

1.    Pertumbuhan ialah proses saiz badan kita bertambah kerana peningkatan dalam jumlah bilangan sel badan kita. Proses ini kekal dan tidak terbalik.
2.    Pertumbuhan juga menjadikan ketinggian dan berat badan seseorang meningkat. Perubahan dalam bentuk badan dan fungsi juga berlaku.
3.    Lengkuk pertumbuhan menunjukkan ketinggian dan berat badan seseorang individu berubah mengikut masa.
4.    Terdapat lima peringkat pertumbuhan iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia tua.
5.    Kadar pertumbuhan bayi lelaki dan perempuan adalah sama.
6.    Kadar pertumbuhan kanak-kanak lelaki adalah lebih cepat daripada kanak-kanak perempuan.
7.    Pada peringkat awal remaja, perempuan membesar lebih cepat daripada lelaki.
8.    Pada peringkat akhir remaja, lelaki membesar lebih cepat daripada perempuan.
9.    Kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang untuk perkembangan fizikal dan mental mereka.
10.  Kekurangan nutrient boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti kwasyiorkor, riket dan anemia.



VIDEO

RUJUKAN

3 comments: