Friday 2 September 2016

SAINS TINGKATAN 3: BAB 1 RESPIRASI

1.1: MEKANISME PERNAFASAN MANUSIA

STRUKTUR SISTEM RESPIRASI





MEKANISME PERNAFASAN MANUSIA

v  Melibatkan perubahan fizikal dalam sistem respirasi semasa kita bernafas.






Tarikan Nafas

v  Semasa menarik nafas, tulang rusuk naik ke atas dan ke luar.
v  Diafragma mengecut dan bergerak ke bawah.
v  Pergerakan tulang rusuk dan diafragma menambahkan isi padu rongga taraks dan peparu.
v  Keadaan ini menyebabkan tekanan udara di dalam peparu kurang daripada tekanan udara di luar.
v  Perbezaan tekanan udara ini memaksa udara masuk ke dalam peparu.


Hembusan Nafas

v  Semasa menghembus nafas pula, tulang rusuk turun ke bawah dan ke dalam.
v  Diafragma mengendur dan melengkung ke atas.
v  Pergerakan tulang rusuk dan diafragma ini menyebabkan isi padu rongga toraks dan peparu berkurang.
v  Tekanan udara di dalam peparu menjadi lebih tinggi berbanding tekanan udara di luar.
v  Perbezaan tekanan udara ini memaksa udara keluar dari peparu.


1.2 PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM BADAN MANUSIA

PERESAPAN OKSIGEN DARIPADA ALVEOLUS KE DALAM KAPILARI DARAH

v  Udara dari atmosfera yang disedut ke dalam badan akan sampai ke alveolus di peparu.
v  Kepekatan oksigen dalam udara sedutan adalah lebih tinggi berbanding kepekatan oksigen dalam darah yang mengalir ke peparu.
v  Perbezaan kepekatan oksigen ini membolehkan oksigen daripada alveolus bergerak masuk ke dalam kapilari darah melalui peresapan.
v  Dinding alveolus dan dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
v  Keadaan ini membolehkan peresapan berlaku dengan cekap.


Faktor mencekapkan peresapan oksigen

v  Alveolus dikelilingi oleh kapilari darah yang banyak.
v  Alveolus mempunyai luas permukaan yang besar.
v  Dinding alveolus sentiasa lembap.




PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM BADAN MANUSIA

v  Apabila oksigen masuk ke dalam darah, oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin.

RESAPAN OKSIGEN DARIPADA KAPILARI DARAH KE DALAM SEL

v  Darah dari peparu yang mempunyai kepekatan oksigen tinggi dibawa ke jantung dan dipam ke seluruh badan.
v  Apabila darah mengalir melalui kapilari darah, oksihemoglobin akan terurai untuk membebaskan oksigen.
v  Oksigen yang dibebaskan kemudian meresap memasuki sel-sel badan.




1.3 KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT

BAHAN YANG MEMUDARATKAN SISTEM RESPIRASI

v  Nikotin
v  Tar
v  Sulfur dioksida
v  Karbon monoksida
v  Jerebu

KESAN BAHAN PENCEMAR TERHADAP SISTEM RESPIRASI

Karbon Monoksida

v  Dibebaskan oleh kenderaan.
v  200 kali lebih mudah bergabung dengan hemoglobin berbanding dengan oksigen apabila memasuki badan.
v  Ketika kita menyedut masuk karbon monoksida, sedikit sahaja sel-sel darah merah yang berupaya membawa oksigen dari peparu ke bahagian lain dalam badan kita.
v  Keadaan ini akan mengurangkan keupayaan darah menghantar bekalan oksigen ke seluruh sel badan.




Sulphur Dioksida

v  Hasil pembakaran bahan api fosil.
v  Merengsakan laluan pernafasan manusia.
v  Menyebabkan batuk.




Jerebu

v  Zarah-zarah pepejal yang sangat halus seperti habuk dan asap.
v  Merengsakan saluran pernafasan system respirasi.
v  Merosakkan peparu.




Nikotin

v  Dadah yang toksik.
v  Menyebabkan ketagihan merokok.




Tar

v  Menyelaputi dinding peparu.
v  Menghitamkan peparu.
v  Menebalkan dinding peparu.
·         Menyukarkan peresapan oksigen daripada alveolus ke kapilari darah.
v  Karsinogen
·         Bahan yang menyebabkan kanser.
v  Merosakkan sel-sel peparu yang sihat.
v  Merangsang pertumbuhan sel-sel kanser.
·         Menyumbat salur pernafasan.




PELBAGAI PENYAKIT SISTEM RESPIRASI

Bronkitis




Asma


Emfisema


Pneumonia


Batuk Kering


Kanser Peparu


MEMPRAKTIKKAN AMALAN BAIK UNTUK MENINGKATKAN KUALITI UDARA

v  Pendedahan kepada udara yang tercemar akan memudaratkan sistem respirasi kita.
v  Kita perlu menghindari tabiat merokok.
v  Kita tidak melakukan pembakaran terbuka.
v  Kita juga haruslah menggunakan pengangkutan awam ataupun berkongsi kereta untuk mengurangkan pencemaran udara.


RUMUSAN

1.    Sistem respirasi manusia terdiri daripada rongga nasal, trakea, bronkus, peparu, tulang rusuk, otot interkosta dan diafragma.
2.    Peparu mengandungi banyak kantung udara. Setiap kantung udara dipanggil alveolus.
3.    Tarikan nafas ialah proses udara disedut masuk ke dalam peparu.
4.    Semasa menarik nafas, diafragma mengecut, bergerak ke bawah sementara tulang rusuk bergerak ke atas dan ke luar. Tekanan udara di dalam peparu menjadi rendah lalu menyebabkan udara di luar ditolak masuk ke dalam peparu.
5.    Hembusan nafas ialah proses udara dari peparu dihembus keluar.
6.    Semasa menghembus nafas, diafragma mengendur dan melengkung ke atas, tulang rusuk bergerak ke bawah dank e dalam. Tekanan udara di dalam rongga toraks meningkat dan udara ditolak keluar dari peparu.
7.    Oksigen yang dibawa di dalam badan adalah dalam bentuk oksihemoglobin yang terbentuk apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin yang terdapat dalam sel darah merah.
8.    Nikotin, tar, sulphur dioksida, karbon monoksida dan jerebu merupakan bahan-bahan pencemar yang berbahaya terhadap sistem respirasi.
9.    Bahan-bahan pencemar menyebabkan system respirasi dijangkiti penyakit.
10.  Bronkitis, asma, emfisema, pneumonia, selesema, batuk kering dan kanser peparu ialah contoh-contoh penyakit yang menjejaskan kesihatan system respirasi.


VIDEO


RUJUKAN



2 comments:

  1. Perkataan penting berwarna ini memudahkan kita mengingati isi-isi penting

    ReplyDelete
  2. Sangat berguna untuk saya ! Terima Kasih ! :)

    ReplyDelete