Tamadun
Hwang Ho
Latar Belakang Pembentukan Tamadun
· Tamadun
Hwang Ho bermula di Lembah Hwang Ho atau Sungai Kuning, iaitu sungai ke-2 terpanjang di
China (5464km).
· Tamadun
Hwang Ho bersifat setempat kerana ciri-ciri
fizikalnya bergunung-ganang dan berpadang pasir.
· Kemunculan
Tamadun Hwang Ho dapat dikesan daripada penemuan tengkorak homo sapien yang
digelar sebagai Peking Man yang dikatakan
hidup pada Zaman Paleolitik.
· Kegiatan
pertanian dan penternakan
muncul pada Zaman Neolitik kira-kira 5000 S.M.
· Dinasti
beraja pertama di China telah diasaskan oleh dinasti Hsia yang bermula sekitar
tahun 2205-1766 S.M.
· Walau
bagaimanapun, tiada bukti sejarah yang dapat mengesahkan kewujudan Dinasti
Hsia.
· Dinasti
Shang muncul sekitar tahun 1766-1050 S.M.
· Kezaliman
pemerintahan Raja Shang telah membawa kepada
kebangkitan hamba pada hujung pemerintahan
Dinasti Shang.
· Suku
Chou yang menetap di lembah Sungai Wei telah menggulingkan dan menggantikan
pemerintahan Shang.
· Dinasti
Chou telah memerintah China dari tahun 1050 S.M. hingga tahun 256 S.M.
Dinasti yang wujud
·
Dinasti
Hsia
·
Dinasti
Shang
·
Dinasti
Chou
·
Dinasti
Ching
·
Dinasti
Chin
Proses Pembentukan Tamadun
· Sungai
Hwang telah memainkan peranan yang penting dalam pembinaan tamadun ini.
· Sungai
ini menjadi nadi utama dalam pembentukan Tamadun Hwang Ho kerana berperanan
menyuburkan kawasan sekitarnya.
· Tanah yang subur menarik
penduduk nomad untuk mendirikan petempatan yang kekal di kawasan tersebut.
· Petempatan
awal penduduk Hwang Ho ialah di Tapak Banpo yang
berhampiran Bandar Sian moden.
· Aktiviti
utama ialah pertanian, penternakan binatang, memungut hasil hutan dan memburu.
· Beberapa
buah Bandar telah muncul di Lembah Hwang Ho berikutan daripada perkembangan
petempatan awal tersebut.
· Anyang
adalah salah sebuah Bandar yang terawal Tamadun
Hwang Ho.
· Anyang
menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho
Tamadun Hwang Ho diteliti
daripada beberapa ciri utama, seperti petempatan/negara kota, kehidupan
berorganisasi, system pemerintahan, pengkhususan kerja, agama dan kepercayaan,
serta sistem tulisan.
Petempatan/Negara
Kota
· Bandar
Anyang terletak di kawasan tanah tinggi
Sungai Huan yang di dalamnya terdapat istana, kuil
dan pusat pentadbiran.
· Bandar
Anyang didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama. Selain itu,
Bandar Anyang dilengkapi tembok bagi menghalang pencerobohan pihak musuh.
· Kawasan
ini juga dikelilingi perkampungan yang didiami oleh golongan petani.
Kehidupan
Berorganisasi
· Raja
menduduki lapisan teratas dalam masyarakat
dan diikuti golongan bangsawan, pembesar, dan pengawai kerajaan.
· Lapisan
bawah masyarakat ini terdiri daripada
golongan petani, artisan dan hamba.
Sistem Pemerintahan
· Dinasti Shang mengamalkan
sistem pemerintahan beraja. Raja dibantu
oleh golongan bangsawan dan pengawai kerajaan.
· Golongan bangsawan yang
mentadbir di luar kawasan pusat pentadbiran berhak mewujudkan sistem
pentadbirannya sendiri dalam hal pungutan cukai,
pertahanan dan undang-undang.
· Sistem
yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou dan raja-rajanya membahagikan
pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah serta melantik seorang pembesar tempatan
bagi setiap wilayah.
· Raja
mengikat pembesar melalui ikrar taat setia,
serta memberi hadiah seperti kereta kuda.
· Pembesar
melindungi raja, memberi bantuan ketenteraan dan menjadi ketua dalam upacara
korban.
Pengkhususan Kerja
· Golongan pembesar memiliki
tentera masing-masing (berkuda dan berjalan kaki).
· Golongan petani merupakan
tunggak ekonomi dan pentadbiran negara.
· Golongan artisan berperanan
mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas makanan.
· Hamba
menjadi tentera paksaan, buruh kasar dan korban dalam upacara penyembahan.
Agama dan
Kepercayaan
· Masyarakat
tamadun ini mengamalkan kepercayaan animisme,
politeisme, penyembahan
roh nenek moyang, Tuhan Syurga (Shang Ti) dan Tuhan
Bumi.
· Upacara
penyembahan diiringi dengan permainan muzik, tarian dan diketuai seorang bomoh.
· Tulang oracle
digunakan bagi meramal atau menilik sesuatu keadaan.
· Bomoh
akan meletakan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan.
· Rekahan
tersebut akan ditafsirhan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
Sistem Tulisan
· Rekahan-rekahan yang
timbul pada tulang oracle menimbulkan idea untuk mencipta tulisan.
· Tulisan
China adalah berbentuk ideogram, iaitu
berbentuk seperti simbol.
· Tulisan
asal menyerupai kanak-kanak, bulan, matahari dan
sungai.
· Tulisan
awal ini mengalami perubahan sehingga berubah kepada bentuk yang lebih
kompleks.
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
dapat diteliti daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.
Politik
· Tamadun
Hwang Ho mengamalkan sistem pemerintahan monarki
dan diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
· Pada
zaman Dinasti Ching, gelaran raja ditukarkan kepada maharaja.
· Konsep
anak syurga, mandat dari syurga yang
dikaitkan dengan raja dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh
dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.
Ekonomi
· Dalam
aspek okonomi, pemimpin Shang telah memberikan tumpuan terhadap pembangunan pertanian.
· Terusan
dibina untuk mengairi kawasan pertanian di samping mengelak
berlakunya banjir.
· Kemajuan
pertanian membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
· Petani
sudah mula menggunakan batas untuk tujuan
penanaman.
· Alat
pertanian yang dibuat daripada kayu ditukarkan kepada alat yang dibuat daripada
besi.
Sosial
Sistem Tulisan
· Sistem
tulisan daripada tamadun ini berkembang secara evolusi dan digunakan secara
meluas dalam bidang penulisan dan pencetakan.
· Sistem
tulisan telah diajarkan di sekolah-sekolah di China.
· Tulisan
ini terus berkembang sehingga digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
Agama dan
Kepercayaan
· Amalan
pemujaan roh nenek moyang diteruskan
mengikut kesesuaian masa dan unsur korbon manusia digantikan dengan duit kertas dan barangan
hiasan.
· Kepercayaan
terhadap konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui masih diamalkan hingga kini.
Penggunaan
Kalendar
· Kalendar
telah diperkenalkan pada Zaman Shang.
Terdapat 30 hari sebulan dan 360 hari dalam setahun.
· Raja
menggunakan calendar untuk menentukan musim menanam
dan musim menuai selain menjalankan aktiviti seharian seperti perkahwinan,
perburuan ataupun pengembumian.
Karya Sastera
· Karya
Sun Tzu yang bertajuk “The Art of War” yang membicarakan tentang
perang dan bagaimana menghadapi musuh.
Falsafah ini diaplikasikan dalam perniagaan
pada hari ini.
Video
Rujukan
http://documents.tips/documents/jawapan-modul-tingkatan-4-bab-1.htmlhttp://cikgudanpensil.ucoz.com/_ld/0/54_Item_Objektif.pdf
https://normsuperb.com/2016/07/24/koleksi-video-pembelajaran-sejarah-tingkatan-4-spm/
http://www.beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Jawapan-Kertas-3-Sejarah-Tingkatan-4.pdf